Snow Pink
Disclaimer

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Hello there , welcome to my wonderland . Just an ordinary girl with her own big bang theory . hv a nice day


Tagboard!



letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Boleh request Tuto kat sini.




Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Pie qahh
Others: ♥ ♥ ♥


VROOM VROOM







Assalamualaikum and HI ! . Hi korang , miss me tak ? aaa what ? no ? i will take that as yes . Okay ? hahaha . Sebenarnya aku tak sihat sangat , selsema . Bersin sampai nak pecah rumah . Kalau aku ada super power mesti dah begegar rumah setiap kali aku bersin . Pastu semua jiran buat rusuhan kat depan rumah . Pastu angkut aku hantar dalam hutan duduk dengan gorilla . Ada gorilla ke kat Malaysia ni ?


Vroom Vroom ?  Apakah? mestilah bunyi kereta kan . Tak ke pelik kalau traktor yang bunyi vroom vroom . Bukan ke dia bunyi gedegek gedegek . Eh yeke ? okay abaikan . okay harini sebenarnya aku ada kelas kpp2 . Yes , kelas amali litar tu ya . Do i feel happy about it ? of course . Well , At first .


Tapi bila dah masuk dalam kereta tu



Meskipun pada entry yang lepas . Aku cakap aku nak meratap tepi penyidai kain . Well , im sorry . Penyidai kain dah terbang masuk laut . So aku kena update blog . LOL . Jk .




Okey , tadi kan masa tengah belajar drive tu . Cikgu aku tu tanya lah , Pernah drive tak ? Aku cakap lah tak pernah . Sungguh aku tak pernah . Tak kuasa aku nak test drive kereta mak aku . Lagi best main game simulation kereta dekat capcom tu .Lagi best . Okey sila hentak aku beramai ramai


Masa mula mula aku dah duduk dekat seat pemandu tu . satu hal dah , kerusi tu tak boleh nak ke depan lagi dah . Dah sampai limit . Okay tak apa . Boleh bla lagi . Part nak betul kan tempat penyandar tu , 1 2 3 4 [ doremi ] hal jugak . That sh*t ain't doing anything ?


okey part tu dah settle . Lepastu aku belajar tekan and lepas clutch . Since aku belajar kereta manual . Berapa puluh minit entah aku tak tahu . Main tekan , lepastu lepas perlahan lahan sambil kira 1 , 2 , 3 , 4 , 5 . Kau bayang lah akubuatbenda tu berapa puluh kali entah , pastu boleh pulak aku tunjuk master dengan cikgu tu . Aku pergi kira dalam hati , manalah dia nak tahu . Betul ke salah cara aku lepas clutch tu . Aku pulak selamba badak air main kira malas 1 2 3 4 5 ala ala high school musical sambil usha kereta audi yang duduk main ku hulu ke hilir dekat jalan sebelah. Tuan kereta tak sama pun . Model kereta je sama . Sekejap Audi Q3 . Kejap lagi Q3 lagi . Audi TT  tak nak pulak lalu  . Amboi eksyen ( penuh dengki )  nya , nanti aku dah ada audi . Aku pun nak main ulang alik jugak sampai minyak kena isi 8 kali setiap hari . Amboi , melampau lah pulak . Aku drift dari Malaysia ke Amazon kah ? . Anyway mohon ampun cikgu nuar



Lepas dah belajar clutch . Kira bab kaki tu memang settle dah lah . Haaaa , Lepastu belajar bab masuk gear pulak . Yang tu aku dah pass lah . Pass je okey . Bukan pass dengan jayanya . Bukan pass dengan jayanya sebab cara aku pegang gear tu macam nak ajak bergaduh . Ewah ewah . Hahahaha . lepastu , Aku salah masuk gear kan . Lepastu kan aku kan gi lepas clutch . Haaaaaaa , Amekaw . Tak ke melompat kereta tu . Tak ke makin geletar tangan aku yang sudah sedia nervous ni .  Nasib baik tak ada kereta kat depan . Haa kang tak memasal . Kevavom ( efek bunyi yang over )



Okey lepastu . Sampai lah part yang ku nantikan . Nak kasi kereta ni gerak , Pada mulanya memang lah aku tersangat hip hip hooray . Tapi lepas tu   . I iz sad you know . Tak tahu lah pulak minyak kena pandai balance . Aku pulak main tekan deras deras . VROOOM VROOOMMM .  Cikgu aku pun aku rasa mesti dia dah buat kenduri tahlil untuk dia sebelum dia start mengajar aku lepas ni  . Lepastu bila dah masuk gear satu , lepas sikit sikit clutch tu sambil tekan minyak . Time kereta tu gerak , aku boleh gi jerit .


CIKGUUU CIKGUUUU KERETA GERAK CIKGUUUUU CIKGUUUU NAK BERHENTI 


Okey sila baca ayat yang aku dah buat warna kuning tu dengan nada takut ya . Bukan nada girang gembira bila dapat hadiah ya .


Oh my self , mesti lah kereta tu gerak . Takkan lah kereta tu terbang bila kau tekan minyak tu OKEYYY . Tu kira nasib baik lah sebab , otak aku masih berfungsi dengan baik dengar arahan cikgu nuar . Cuba bayang masa aku jerit tu aku lagi tekan minyak ahahahahahahaha tak ke naya . Lepastu aku angkat lah minyak tu perlahan lahan . Clutch tu perlahan lahan . Tapi kereta tu masih gerak dengan kelajuan 5 kilometer kot ? entah lah . Tapi yang pasti kereta  cawan dekat genting tu . Yang orang duk main langgar langgar , sambil mengusha kot terlanggar kereta mamat hensem dan korang pun bebisik he is the one . Lol . Lagi laju dari speed yang aku bawak . Cikgu nuar pun redho je bila dia tanya aku , nak tekan minyak tak ? . Sepantas bullet train aku kata . Tak nak tak nak saya tak nak  . pastu main pusing pusing jelah kat situ 15 minit  dengan speed 5 km tu lol . okey sekian hikayat indera puteri carbonara espanyola bolognise jannah umairah iman nak tambah lagi kau tambah sendiri bt . Putera john yang selalu legend . Akhir kata ,  Siapa nak naik kereta dengan saya angkat tangannnnn





ps // okey ni pasal ARL ( Au Revoir , Love ) kebas tangan kalau taip panjang panjang Au Revoir , Love . So letak pendek je . Ada member kasi tahu yang ada part yang duplicate . and part tu adalah part 13 dgn part 12 . So mintak maaf ya , kerana terlampau gigih nak share masterpiece  ( muntah rainbow ) sampai terpost benda sama dua kali . Tajuk je lain lol . Okay aku dah baiki , so kalau nak baca tekan  sini







So goodnight . hasta la vista