Snow Pink
Disclaimer

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Hello there , welcome to my wonderland . Just an ordinary girl with her own big bang theory . hv a nice day


Tagboard!



letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Boleh request Tuto kat sini.




Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Pie qahh
Others:   


Felines . meow meow





Assalamualaikum and HI ! Good Morning and i hope you have a happy wednesday  . Fefeling english sangat harini . pui . Hahaha , so lets back to main topic Felines . meow meow . Okey , apa itu Feline ? Feline menurut kamus dewan dan pustaka google ialah a cat  . untuk pemahaman yang lebih jaya , sila pergi google sendiri ya . 


" ayuh maju rakan rakan ku ada orang mengumpat kita "




Kucing / Cat . Merupakan seorang haiwan yang sangat manja dan sangat garang pada masa yang berlainan . Berkebolehan menangkap cicak di dinding . Mampu untuk menyelinap di sebalik pagar yang besar tapak tangan ( keadaan ini dikecualikan bagi kucing yang obes ) . 

 Well mungkin ada yang tak berapa minat kucing ( tak nak guna term hate kat sini ) mungkin kerana pengalaman lepas atau fobia atau apa sahaja yang menimbulkan sejenis perasaan nak lari 10 tiang bila nampak haiwan ni .


but me .


I LOVE CAT . CAT IS MY BAE  .  Maka tidak hairan lagi aneh lah apabila melihat aku menangis sesorang bawah shower sebab mak tak kasi bawa kucing tepi jalan yang pada hemat aku sangat memerlukan pelukan kasih sayang gitu . Aku pernah nangis satu hari macam baru lepas clash dengan pakwe yang aku dah kapel 5 tahun . Kucing hilang pun orang dah nangis , ini kan kucing mati . 


Okay story dia macam ni . Once upon petang , aku baru lah balik dari sekolah . Masa ni aku form 3 . Lalalalala Dadidu Nanana , aku jalan sampai depan rumah . Aku dah bukak mangga apa semua . Pastu aku nampak ada anak kucing warna hitam kecik . Memang anak kuncing sesungguhnya dekat rumah jiran aku . Fyi , jiran aku ada bela anjing yaaaaa . Makanya anjing dengan kucing mana boleh bertemuuuu . Mahu mampus ? . Plus masa tu panas terik gila . Anak kucing tu memang dah lama . Aku agak agak dia dah nazak pun . Aku masuk rumah , terus dengan penuh debaran aku menelefon geng wonderpets ? ohh noo . Mestilah tidak . Aku pun pergi lah denkat pagar tu . Aku try lah nak ambik kucing tu . TAPI TANGAN AKU PENDEK TAK SAMPAI . Setelah termenung berfikir beberapa saat , beserta lagu yuna rescue di dendang di dalam kepala hotak aku . Terus aku ambik batang penyapu lalu aku kuis kuis ( sound pretty cruel here but i have to ) . and yeah I CAN REACH THE KITTEN . Aku terus letak dia atas kereta ayah aku , check masih bernafas atau tidak . Yeah masih bernafas . Tapi yelah macam nazak nazak macam tu . Aku rasa dia dahaga kot . Aku kasi dia susu . Tapi dia minum sikit je . macam tak telan sangat .  so lepas tu aku try ah titik air zam zam dalam mulut dia . pastu dia macam dah bernafas dengan normal . Patu kebetulan mak aku call , pastu aku cakap lah ada jumpa anak kucing bla bla bla . Guess what habis je aku cakap dengan mak aku . Aku dah berangan ah nak bela dia sampai besar . Aku nak panggil dia black lah citam ah koko ah . AND THEN bila aku pergi dekat anak kucing tu . dia dah tak ada . Sesungguhnya masa tu aku sangat super sedih . Nak nangis tapi tak keluar air mata lah pulak ahahahah . Aku tak ingat aku balut dia dengan apa . Tisu kot . Aku pun tanam dia dekat depan rumah aku . Dekat laman rumah yang sekangkang kera tu .Aku pun tak buat tanda dekat kubur tu . Aku renjis air je sikit . Pastu aku terus berlari naik atas , nangis atas katil . LOL dengan baju sekolah lagi . Aduhai .





Lately , dekat kawasan rumah aku . Ada sekor kucing parsi i think ? bulu lebat gitu taraf boleh sikat dan groom buat curl gituu . Kucing tu aku baru je nampak . Means ada orang baru letak lah kat situ. Terlepas ke ? ( husnuzon ) . Tapi aku kesian dekat kucing tu , dah comot . Dia selalu mengiau sayu gitu , panggil tuan dia . Sakit jiwa i tahu takkkkk , that feeling when you want to help but you just can't . Pada pendapat aku lah , Tuan kucing yang sudah jemu melihat kucingnya lalu dia memilih untuk membuangnya di mana mana . KEMON LAH , kucing kau tu dah biasa makan whiskas . Tangkap cicak atau burung pun tak reti  . Tidur bertempat . Bulu sentiasa di groom ada tempat tidur . Kecik kecik memang dah dibesarkan dalam rumah yang selesa . Tup tup dah besar kau buang . KAU SAKIT KE APA . Tolong lah kesian sikit . Kalau kau tak nak dia sangat dah , please jangan letak dia di tempat yang sah sah kucing tu terseksa . Kucing yang orang bela kat rumah tak sama langsung okey dengan stray cat . stray cat more independent . Dia dah biasa hidup tanpa dibelai . Kucing kau ni , hari hari kau ulit dia kau faham tak . Kesian lah sikit . Kalau tak nak bela kucing tu dah . Please take this advice  :-



☆    Jual dekat orang lain atau kasi je dekat orang yang nak bela kucing . 

☆   Tak pun kau hantar dekat cat shelter

☆  Tak pun , kalau kau rasa kau boleh tahan . Kau bela lah kucing tu sampai hujung nyawa dia . Lepastu dia dah tak ada tu . Tak payah dah lah bela 



  Ni paling last dan ni cadangan paling tak best . Hantar dekat pasar ikan 







Thats all for today . Akhir kata ,  Sayangi lah kucing anda , kerana mereka juga menyayangi anda sepenuh hati mereka  . Au revoir







60 minute with black citam koko